Friday 16 April 2010

Buya HAMKA

 Buya HAMKA dalam kenangan

Semalam sempat meneliti helaian-helaian Tafsir al-Azhar, magnum opus Professor Dr. Syaykh Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah atau lebih tersohor dengan panggilan Buya HAMKA. Semasa mentafsirkan surah al-Syarh atau al-Insyirah atau Alam Nasyrah (surah ke-94) ayat 5:


'Maka sesungguhnya beserta kesulitan itu, ada kemudahan'

Prof.HAMKA mengenang kembali kisah hidup dan pengalaman beliau yang cukup memberi kesan yang mendalam bagi beliau dalam memahami serta meresapi 'makna' di sebalik ayat ini.

Saya nukilkan di sini sepenuhnya teks asal yang ditulis beliau:

'Penulis tafsir ini sendiri mendapat pengalaman besar sekali untuk meresapkan intisari ayat ini seketika ditahan dua tahun empat bulan dengan secara kezaliman dan sewenang-wenangnya. Itu adalah kesulitan!
Kalau saya bawa bermenung saja kesulitan dan perampasan kemerdekaanku itu, maulah rasanya diri ini gila. Tetapi akal terus berjalan, maka ilham Allah pun datang.
Cepat-cepat saya baca Al-Quran, sehingga pada 5 hari penahanan yang pertama saja, 3 kali Al-Quran khatam dibaca. Lalu saya atur jam-jam buat membaca dan jam-jam buat mengarang tafsir Al-Quran yang saya baca itu. Demikianlah hari berjalan terus dengan tidak mengetahui dan tidak banyak lagi memikirkan bilakah akan keluar.
Akhirnya setelah terjadi kekacauan politik gara-gara Komunis pada 30 September 1965 itu dan dibulan Mei 1966 saya dibebaskan, saya telah selesai membaca Al-Quran sampai khatam lebih dari 150 kali dalam masa dua tahun, dan saya telah selesai pula menulis Tafsir Al-Quran 28 juzu'. Kerana 2 juzu' - 18 dan 19 - telah saya tafsirkan sebelum saya ditangkap dalam masa dua tahun.
Dan kemudian itu, pada tahun 1968 atau 1387 hijriyyah, saya dan al-marhumah isteri dapat naik haji. Kami bawa pula anak kami yang kelima, Irfan. Lebih dari separo belanja perjalanan kami bertiga beranak ialah dari hasil honorarium Tafsir Al-Azhar juzu' ke-1.'
Tafsir Al-Azhar juzu' 29-30, ms.177-178.

Benar Buya HAMKA. Sungguh benar. Beserta kesulitan itu, ada kemudahan.

Tuesday 12 January 2010

Maryam Muqaddasah

An iranian film - of course in Persian with English subtitle - about Maryam.This film is based on the life of the blessed Maryam according to al-Quran and Islamic traditions.
Towards the end of the movie, there's a miracle scene in which Prophet 'Isa as (Jesus) proclaimed that he is the servant of Allah not the son of God. In fact, that is the very first word uttered by Prophet 'Isa as.


Watch Saint Mary (English Dubbed) in Faith & Spirituality  |  View More Free Videos Online at Veoh.com

Thursday 7 January 2010

Fadilat 10 ayat pertama al-Kahf

al-Imam Ibn Kathir dalam 'taqdimah' pada menafsirkan surah al-Kahf (rujuk Tafsir Ibn Kathir, Jilid 9, mukasurat 99), merekodkan riwayat berikut berkenaan kelebihan menghafal (baca: diikuti memahami dan menghayati) 10 ayat pertama di awal surah al-Kahf:

Maksud: 'al-Imam Ahmad berkata: Yazid meriwayatkan kepada kami bahawa Hammam bin Yahya meriwayatkan kepada kami daripada Qatadah, daripada Salim bin Abi al-Ja'd, daripada Mi'dan bin Abi Talhah, daripada Abi al-Darda', daripada Nabi Muhammad saw sabda baginda: 'Barangsiapa menghafal 10 ayat pertama di awal surah al-Kahf (maka ia akan) selamat dan aman daripada (fitnah) Dajjal.'
[Hadith riwayat Muslim, Abu Dawud, al-Nasa'i dan al-Tirmidhi] daripada hadith Qatadah. 
Adapun lafaz (hadith dalam riwayat) al-Tirmidhi: 'Barangsiapa menghafal 3 ayat pertama di awal surah al-Kahf...' al-Tirmidhi menyatakan bahawa status hadith ini adalah Hasan Sahih.

Takhrij hadith di atas:

Marilah gunakan masa berharga anda untuk menghafal 10 ayat ini.




Wednesday 6 January 2010

Antioch, Ma'arrat al-Nu'man dan Bayt al-Maqdis

Rekod al-Hafiz 'Imad al-Din Abu al-Fida' Ismail bin 'Umar bin Kathir al-Qurasyi al-Dimashqi (popular dengan sebutan Ibn Kathir) dalam karya beliau 'al-Bidayah wa al-Nihayah' juzuk 16, mukasurat 164 dan 166 berhubung kemaraan 'The First Crusade' yang digelar 'al-Firanj'.

Rekod ini menjelaskan secara ringkas bagaimana ketumbukan tentera salib Eropah menawan kota Antioch, Ma'arrat al-Nu'man dan terus mara menjajah bumi barakah Bayt al-Maqdis (Jerusalem).



The Crusades: Crescent & The Cross

Dokumentari sejarah - mengisahkan latarbelakang, faktor dan perjalanan 'The First Crusade' .
Dari Clermont, Perancis ke titik akhir, Jerusalem the 'Holy Land'.
Ekspedisi selama 3 tahun merentasi 3000 batu perjalanan, dari seramai 60,000 ribu tentera berakhir dengan 12,000 sahaja yang tiba di Jerusalem.
Saksikan.

Tuesday 5 January 2010

Perkara Induk dalam Tazkiyah al-Nafs

al-Ustaz Sa'id Hawwa rahimahulLah dalam karya beliau 'al-Mustakhlas fi Tazkiyah al-Anfus: Nazariyyah Mutakamilah fi Tazkiyah al-Nufus'  telah merekodkan beberapa wasilah penting dalam usaha penyucian jiwa.
Beliau meletakkannya di bawah tajuk 'Ummahat fi Wasa'il al-Tazkiyah' yang bermaksud Perkara-perkara Induk dalam Kaedah Penyucian Jiwa.


































al-Masjid al-Aqsa Sebenar

Rata-rata mengenali al-Masjid al-Aqsa adalah masjid berbumbung biru (Jami' Qibli) atau masjid kubah batu (Dome of the Rock).
Hakikat sebenar al-Masjid al-Aqsa adalah lebih luas merangkumi seluruh kawasan yang berada dalam lingkungan dinding batu empat segi panjang (dikenali sebagai al-Aqsa Enclave)
Antara signifikan memahami kawasan sebenar al-Masjid al-Aqsa ialah implikasi hukum tentang kelebihan solat di sini.
Pahala 500 kali ganda akan terhasil sekiranya solat dilaksanakan di mana-mana bahagian dalam kawasan dipagari dinding tersebut sama ada di dalam Jami' Qibli, Musalla Marwani, Dome of the Rock (kini dijadikan tempat solat wanita), di kawasan lapang, di bawah pokok dan sebagainya.
Saksikan video klip di bawah untuk lebih mendalami hakikat sebenar al-Masjid al-Aqsa.