Sunday 3 January 2010

Mulakan Langkah Pertama yang Efektif

Pembebasan Bayt al-Maqdis oleh Sultan Salah al-Din Yusuf bin Ayyub pada tahun 1187M bukanlah proses yang berlaku secara ‘overnight’.
Selepas kejatuhan al-Masjid al-Aqsa di tangan Tentera Salib pada tahun 1099M, umat Islam berada dalam keadaan paling lemah, fizikal dan spiritual.
Syaikh ‘Ali bin Tahir al-Sulami (w.1106M)* memulakan langkah efektif pertama.
Pada tahun 1105M – 6 tahun selepas kejatuhan Bayt al-Maqdis, beliau mengusahakan kompilasi syarahan dan khutbah beliau di Masjid Besar di Damascus dan dinamai ‘Kitab al-Jihad’.
Beliau menyegarkan kembali semangat dan motivasi jihad di kalangan umat Islam pada ketika itu.
Hanya selepas 82 tahun, benih jihad yang ditanam oleh beliau berhasil membuahkan sinar kemenangan umat Islam di bawah kepimpinan Sultan Salah al-Din al-Ayyubi.
Mulakan langkah berkesan anda hari ini.
Hasil dan natijahnya pasti anda atau generasi selepas anda dapat rasai.
Jika tidak esok atau lusa, mungkin 10 atau 20 tahun akan datang.
Manuskrip 'Kitab al-Jihad' tulisan al-Sulami yang dapat dikesan sebahagiannya telah diusahakan proses edit, terjemahan dan ulasan oleh Dr.Niall Christie dan diberi tajuk 'The Book of the Jihad of 'Ali ibn Tahir al-Sulami (d. 1106): Text, Translation and Commentary'. Buku ini dalam proses cetakan oleh Ashgate Press.
________________
*cAlī b. Tāhir b. Jacfar b. cAbdullah Abū al-Hasan al-Qaysī al-Sulamī al-Nahwī, born in 431AH/1039CE and died on 21st of Rabīc al-Awwal 500AH/1106CE. He is a trustworthy scholar and a religious man. See Yāqūt al-Hamawī, Mucjam al-Udaba’: Irshād al-Arīb ilā Macrifah al-Adīb, 1999, Beirut: Muassasah al-Macārif, vol. 5, pp. 151-152, Ibn cAsākir, Tārīkh Madīnah Dimashq, 1996, Beirut: Dār al-Fikr, vol. 43, p. 4, al-Suyūtī, Bughyat al-Wucāt fī Tabaqāt al-Lughawiyyīn wa al-Nuhāt, n.d., Beirut: al-Maktabah al-cAsriyyah, vol. 2, p. 170.

No comments:

Post a Comment