Thursday 20 August 2009

Ramadan: Universiti Pendidikan Terbuka (Siri 1)

Beberapa hari lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut ketibaan tetamu tahunan istimewa iaitu Ramadan al-Mubarak. Ibadah puasa di bulan yang penuh keberkatan ini menyatukan umat Islam daripada pelbagai latar belakang walau di mana jua mereka berada. Ketibaan Ramadan setiap tahun amat ditunggu-tunggu oleh golongan mukmin yang mendambakan dekatnya diri mereka dengan Allah swt. Ramadan membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka membersihkan diri dan fizikal, menyucikan jiwa dan ruhani daripada segala karat dosa dan kesilapan lalu yang mengundang murka Allah swt.


Ramadan menjanjikan natijah yang besar dan amat bernilai. Mereka yang mendaftar untuk menjalani latihan pendek (short course) di Universiti Ramadan bakal memperolehi ijazah Taqwa sekiranya mereka memenuhi segala keperluan dan syarat yang telah diberikan panduannya oleh Allah swt dan Rasulnya Muhammad saw. Sepanjang 29 atau 30 hari, setiap saat mereka akan diuji dengan pelbagai cabaran dan ujian dalam usaha menyelesaikan beberapa modul yang telah disediakan. Antaranya:


a. Modul puasa

Markah tertinggi akan diperolehi oleh mereka yang mampu mencapai puasa tahap Khawas (Cemerlang). Diikuti tahap Khusus (Memuaskan) dan Umum (Lulus). Modul ini adalah pra-syarat (pre-requisite) kepada gandaan pahala yang akan diperolehi melalui amalan-amalan (baca: modul-modul) lain yang diikuti sepanjang Ramadan.

No comments:

Post a Comment